CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

D' Sweetest Blogger Eva

Jarak Antara Dua Hati

Okeh aku dapat idea untuk cerita pasal nie..lately aku selalu tengok dekat fb, org update status nie,"berdiam diri lagi baik dari dok berteriak mcm org gile sebenarnye.." Kenapa mengapa bagaimana boleh wujud ayat sebegini?? Dah terang2 kot situasi menjelaskan bahawa mereka sebenarnya ingin mengelak dari sebarang sepak terajang perkelahian/pertengkaran.. Gado tu kan best x baik...ish3! Sebenarnye baik bile kite mengalah mcm nie coz ada satu cerita yg aku nak share ngan korang sume.. Meh2 bace meh..


Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali.. “Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas. Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan.

“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”


p/s: Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah biarkan hati kita mencipta jarak. Lebih-lebih lagi dengan mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, berdiam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Biarkan. Kerana waktu akan membantu kita mengatasi masalah yang membelenggu..

0 comments:

Post a Comment