CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

D' Sweetest Blogger Eva

Terasa hati...

Terbaca satu artikel nie yang membebel pasal nie:

"Alam percintaan sememangnya menarik namun sekiranya tidak bijak menyesuaikan diri dengan perangai dan sikap pasangan masing-masing, besar kemungkinan hubungan akan menjadi hambar. Sewaktu proses perkenalan, mungkin setiap individu cuba mencari cara untuk mengenali diri pasangan terlebih dahulu. Mungkin masa yang diperlukan agak singkat, mungkin juga masa yang diperlukan begitu lama. Segalanya terpulang kepada hati masing-masing. Dalam percintaan, sikap saling percaya dan bertolak ansur begitu penting. Sekiranya seorang daripada pasangan kekasih gagal memenuhi sikap-sikap tersebut, hubungan mungkin akan mula menjadi tegang.... Namun, setelah hubungan menjangkau 1 bulan, lelaki akan mula mengurangkan sikap romantiknya. Hal ini menyebabkan perempuan berasa tersinggung dengan perubahan yang terjadi dalam diri lelaki. Sebenarnya, apa yang perlu diketahui perempuan ialah sikap sebenar lelaki kesayangannya telah muncul. Sekiranya, pada awal perkenalan sewaktu perempuan belum sah menjadi kekasih lelaki, lelaki sentiasa menghantar SMS atau berjumpa dengannya namun setelah beberapa bulan, lelaki akan mula berdiam diri dan mengelak daripada berjumpa. Jangan salah faham. Itulah sikap sebenar lelaki. Mereka memang sayangkan kekasih namun mereka lebih suka bersikap realistik dan tidak cuba untuk menjadi plastik. Namun, hanya pada awal perkenalan sahaja, sikap plastik mereka akan terserlah.... Sebenarnya, lelaki tidak harus mengabaikan kekasihnya. Sikap romantik sewaktu awal perkenalan tidak harus diketepikan. Sikap tersebut perlu diteruskan sehingga ke akhir hayat. Percayalah, perempuan akan sentiasa menyukai dan menyintai diri lelaki sekiranya sikap lelaki tidak berubah. Bagi perempuan pula, jangan terlalu memaksa diri lelaki untuk memahami diri anda. Lelaki dengan hidupnya dan gayanya yang tersendiri, perempuan pula dengan hidupnya dan gayanya. Namun, walaupun gaya dan hidup yang berbeza, lelaki dan perempuan boleh hidup dengan bahagia sekiranya wujud sikap saling menyayangi antara satu sama lain. Jadi, di sini, lebih baik perempuan cuba mengikis sikap mudah terasa hati dengan lelaki sekiranya anda ingin hubungan anda berkekalan."

Ape kene-mengenenye ngan aku? Haha! Bese la pompuan.. Cepat sensitip.. N aku pulak terlalu paranoid dengan apa yang pernah berlaku dulu.. Juz like the article said, kene kikis sikap mudah terasa hati and banyakkan bersabar je.. Jangan terlalu fikirkan sangat.. Then everything will be fine.. I know he loves me.. Chill babe! Go Nia!

0 comments:

Post a Comment