Okay.. hari nie nak membebel pasal kuasa pembelajaran tanpa henti. Arinie iols nak jadik motivator tanpa pintaan sebentar. Bole ke idok? Idok pun mike nok bolekan jugok..
What is learning? Adakah anda aware apakah itu "BELAJAR"?
Belajar secara saintifiknya bermaksud "Belajar adalah perubahan yang relatif permanen dalam perilaku atau potensi perilaku sebagai hasil dari pengalaman atau latihan yang diperkuat. Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon. Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada pelajar, sedangkan respons berupa reaksi atau tanggapan pelajar terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan karena tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur, yang dapat diamati adalah stimulus dan respons, oleh karena itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang diterima oleh pelajar (respons) harus dapat diamati dan diukur." (Sumber Wikipedia). Paham ke? Iols pun tak paham.. hahaha~
Dan belajar dari pemahaman saya ialah satu proses untuk setiap individu memahami maksud kehidupan yang sedang dialami sendiri. Yang mendorong individu itu berperilakuan positif atau negatif. (Respons terhadap apa yang dipelajari.) Dan apa yang penting adalah dari sumber apakah individu tersebut cuba perolehi dalam proses pembelajaran yang sedang dihadapinya. Maknakata kalau positif sumber itu maka positiflah individu tersebut begitulah juga sebaliknya.
Belajar itu tak salah. Dari yang muda sampailah ke tua kita akan sentiasa belajar. Dan iols tak menegaskan bahawa setiap individu itu kalo baik, maka baik baiklah saja perilakunya. From my opinion, perilaku individu bergantung kepada dari apa yang telah dipelajari. Contohnya, pelajaran pertama kita bermula dari rumah. Dari ibu bapa. Anak-anak kecil akan bergantung harap 100% kepada ibu bapa semenjak berumur satu ari lagi. Jadi adalah tugas ibu bapa untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kalau nak anak tersebut menjadi manusia satu hari nanti. Jangan dengan mudahnya berkata, "Alah, sok nanti da masuk sekolah pandaila cikgu tu nak bentuk anak aku." Kok kalo macam tu kak, baik ko soh yo cikgu tu yang beranakkkan anak ko.
Jadi, ibu bapa haruslah faham konsep pembelajaran tanpa henti ini juga harus mereka praktikkan juga dalam kehidupan mereka kerana penting bagi memastikan generasi yang bakal hadir akan membawa gen-gen yang positif.
Begitu juga, apabila usia mula menginjak ke alam persekolahan. Kanak-kanak yang bermasalah dari segi perilakunya, kebanyakkannya adalah kerana dipengaruhi dari rumah. Adakah anda setuju? Sometimes bila kita perhatikan sesetengah budak, dekat rumah parents cakap anak dia baik je. Tapi kenapa kat sekolah tunjuk belang? Adakah suasana di sekolah yang bermasalah atau dari rumah? Sebab itu saya ingin menegaskan bahawa kita akan sentiasa belajar dalam hidup kita nie. Apabila kita mempraktikkan sikap ingin belajar tanpa henti dalam apa keadaan sekalipun, In Shaa Allah hidup akan lebih diberkati dan kita akan mudah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Stop pasal kanak-kanak. Bagaimana pula yang sudah dewasa? Tak segan untuk saya katakan, certain mature people are acts more than immature one. Agree?Kenapa berlaku begini? Apa yang menyebabkan golongan dewasa ini sebegini? Contoh? Kita tengok sekeliling kita. Saya tak kata semua orang dewasa bersikap tidak matang. No. Masih ada yang mampu untuk berfikiran terbuka dan terima setiap apa yang berlaku dengan hati yang terbuka dan niat tak apa. Ini baik untuk aku belajar dari apa yang berlaku nie ada hikmah di sebaliknya. Tak segan saya katakan, mereka-mereka yang berperilaku 'kureng' nie seakan tidak mahu percaya akan kewujudan Allah SWT yang telah merancang setiap kejadian yang berlaku, dan bertindak negatif dengan lantangnya melontar suara-suara yang kurang enak dan hujah-hujah yang sounds very childish. Ada pula tu yang sampai sanggup mempengaruhi anak-anak untuk turut sama mengheret mereka supaya berfikiran sempit dalam menghadapi kehidupan.
Sebab itu, apabila kita sentiasa tetapkan pembelajaran sebagai satu platform untuk kita memahami setiap kejadian yang berlaku, kita akan sentiasa punya idea untuk hadamkan apakah punca, faktor, kesan setiap kejadian itu kepada diri kita. Do not simply judge or even think that certain people especially the older one which responses negatively by saying that they are 'orang kampung' or 'kolot'. Zaman dulu kalau nak compare dengan zaman sekarang sangatlah berbeza ye tuan-tuan dan puan-puan. Mintak faham tu. Anda sendiri yang dilairkan di zaman milennium nie janganlah sombong sangat sampai tak hingin nak ambil tahu pasal zaman dahulu. Belajar! Belajar perbezaan dahulu dan sekarang. Sebab itulah penting non-stop learning nie.
Kita ambil satu contoh yang simple. Seorang penagih dadah. Dulunya lahir dari keluarga yang susah. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kesusahan yang dialami mendorongnya untuk menjadi seorang penagih bila dewasa. Sebab? Dari kecil da rasa susah. Bila besar bergaul dengan orang yang salah sebab dia taknak belajar dari kesusahannya dan tampil menyusahkan lagi hidup dengan menjadi seorang penagih. Ditangkap polis satu hari tu dan dijatuhkan hukuman katakanlah 20 tahun. 20 tahun dalam penjara cukup mengajar dia untuk memahami kehidupan dia. Mendalami ilmu-ilmu yang sepatutnya dia praktikkan sedari muda lagi. Baru sedar bahawa kalau dia mampu untuk belajar dari kesusahan dulu, dia boleh bawa keluar seluruh keluarga dia dari kesusahan kepada kesenangan. Cukup kepada kesenangan yang sederhana dan tidak sehingga dia melupakan Pencipta. Cukup 20 tahun, keluar penjara dan tampil ingin berubah. Alhamdulillah, kesan pembelajaran, dia akhirnya senang sehingga sekarang dan menjalani kehidupan yang lebih diberkati.
Kesimpulannya, jika kita ingin belajar, kita akan lebih nampak jalan yang kita ingin lalui. Baik atau buruk. Belajarlah. Tak rugi apa pun. Dengan sifat ingin belajar lah kita dapat majukan diri kita. Improve mana-mana yang lemah kepada yang lebih baik. Jangan malu untuk belajar. Sebab takut nanti kelak kita yang akan rugi sebab tidak mahu belajar. Power of non-stop learning nie sangatlahhh besar sehingga boleh merubah kita yang dulu kepada kita yang sekarang. Sekian kata dari saya... Terima kasih sebab sudi baca. Maaf andai ada yang terguris, terluka atau terasa dengan kata-kata saya. Ini hanyalah secebis dari apa yang telah saya belajar setakat saat saya masih bernafas nie. Andai kurang, sila tambahkan. Andai salah sila betulkan. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.
*100% nukilan sendiri..*
Miss Tak Famous..xoxo
Tanda tanda mata sudah rabun !
6 days ago
0 comments:
Post a Comment