Okeh...tajuk entry kali nie mcm err...Goshh! Nia! Sangatttla matanggg...hahaha! Bukan ape.. Ptg td mase dok sedap sgt guling2 atas katil sambil bace mag, tetibe terbace satu artikel nie.. Tajuk die same mcm tajuk entry aku tuh..(Aku yg copy paste tajuk artikel tu actually..hoho~) Ok, jom kite sharing2 ape je la yg artikel dok bebel smpai bole menginterestingkan aku nie kan...
Bak kate artikel:
Dalam mencari jodoh, keserasian adalah yang paling utama. Ada orang melihat keserasian dari segi persamaan cita rasa, minat, hobi dan sebagainya. Namun harus diingat biarpun sifat, cita rasa sama namun ia belum bererti kamu dan si dia serasi. Ahli psikologi barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut turutan dalam keluarga. Terpulanglah kepada kamu sama ada mahu percaya atau tidak...
1) Sulung dengan Sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras atau pun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
2) Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa sahaja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
3) Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajar pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara itu, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
4) Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa pun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
5) Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah perempuan.
6) Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sukar untuk mengawal situasi.
p/s: Amacam? pasnie nk carik pasangan kne tanye dulu la, "awak ank sulung ke? o anak second? o anak last?" Haha! mcm kelakar je kan? agak2 rase cam ok bak kate artikel tuh, kire go on je..if x? kire cancel...gie carik yg len...derhhh...bole ke mcm tuh ekk? hohoho~
p/s: Amacam? pasnie nk carik pasangan kne tanye dulu la, "awak ank sulung ke? o anak second? o anak last?" Haha! mcm kelakar je kan? agak2 rase cam ok bak kate artikel tuh, kire go on je..if x? kire cancel...gie carik yg len...derhhh...bole ke mcm tuh ekk? hohoho~
0 comments:
Post a Comment